Saturday, December 17, 2016

Family #Festkon11 UniMAP



Family ni cari lah kat mana pun korang tak kan jumpa oi! kat #festkon11 je dapat. sumpah aku tak rasa rugi aku korban cuti semseter aku, korban cuti raya aku sebab nak hadap festkon11 kasi jadi. Dah macam macam program aku join, dah macam macam orang aku kenal dari zaman diploma sampai degree. tapi #festkon11 punya family dia punya lain macam tu tak boleh nak describe macam mana.

serius aku sayang semua team #festkon11 ni. terima kasih untuk ijat sebab berjaya jadikan kami satu family besar mcm ni. kau pergi lah mana pun, kau buat lah apa pun kat perlis ni, kat UniMAP ni, muka yang sealu datang support dorang ni lah. 

dengan semangat sekretariatnya lain, padu dekat krewnya lain. haih memang terbaik lah!

sayang hampa. 

Ikhlas,

Mantan Exco Pegangkutan dan Penginapan Festkon11.

p/s : hati tengah koyak tengok balik gambar festkon11, hati bercantum balik haa.

Saturday, June 27, 2015

Kehidupan

Sabtu. 2.19a.m
10 Ramadhan 1436h


Mata dah terasa  mengantuk. Tapi otak ligat berfikir. Flashback segala macam yang pernah aku buat. Entah. Tiba tiba teringat kisah lama. Malam ni rasa emosi terlebih pulak. Melimpah dari dalam kotak fikiran. Mana lagi tempat aku nak meluah. Sini lah tempatnya. Mengarang apa yang terdetik dalam hati. Apa yang terfikir dek otak. Allahuakbar. Terasa rugi teringat zaman aku dulu. Suka mencuba apa yang tak perlu. Lalu apa yang aku dapat? Dosa. Allah! Tapi aku syukur. Aku tak terus lalai dan selesa dengan apa yang pernah aku buat dulu. Mungkin bagus juga dah mencuba dari awal. Bila otak dah mula fikir waras, dah besar macam ni tak perlu mencuba lagi. Dah tahu, dah boleh fikir secara waras. Dulu aku mungkin separa waras. MUNGKIN. Ya allah. Ampunkan dosa dosa aku. Dosa masa silam aku Ya Allah. Syukur kau masih melindungi aku dengan dikelilingi keluarga dan sahabat. Syukran Ya Allah. Syukran. Alhamdulillah.

Wednesday, June 24, 2015

Ramadhan 1436H

Assalamualaikum.
lama aku tak ber cerita disini. dan lama juga takde hati dan lansung lupa pada blog. sekian bertahun harini  6 Ramadhan 1436H jam 5.00pagi selepas usai sahur teringat pada blog dan subuh ini terasa macam dulu dulu waktu study diploma. rajin tido lewat subuh lepas habis study mmg menghadap blog aje kerja. bermonolog sendirian. mengadu hal kehidupan. setiap apa terdetik mungkin akan laju aku mengarang. tapi itu dulu. sekarang dah terlalu lama berehat kat rumah untuk sambung degree. hampir setahun. dah berapa kali aku tolak tawaran. entah. ada hikmah mungkin. takpe insyaAllah rezeki tu ada. sungguh kau tunggu dua tiga tahun, kalau dah DIA ada tulis maka jadi jugak. harap setelah sekian lama bermonolog dan simpan perok dalam hati, lepas ini aku rajin untuk mengarang/meluah disini lagi. tahu tiada siapa yang mengenali blog aku. mungkin sesetengah. mereka sudah anggap aku tidak berminat berblog lagi. ada. cuma malas dah menebal. harap juga penulisan untuk aku yang berumur 21 tahun akan nampak lebih matang untuk anak cucu aku baca nanti. harap ramadhan tahun ini lebih indah dengan kedatangan ahli keluarga baru dalam keluarga kami.

SALAM RAMADHAN.