Wednesday, June 24, 2015

Ramadhan 1436H

Assalamualaikum.
lama aku tak ber cerita disini. dan lama juga takde hati dan lansung lupa pada blog. sekian bertahun harini  6 Ramadhan 1436H jam 5.00pagi selepas usai sahur teringat pada blog dan subuh ini terasa macam dulu dulu waktu study diploma. rajin tido lewat subuh lepas habis study mmg menghadap blog aje kerja. bermonolog sendirian. mengadu hal kehidupan. setiap apa terdetik mungkin akan laju aku mengarang. tapi itu dulu. sekarang dah terlalu lama berehat kat rumah untuk sambung degree. hampir setahun. dah berapa kali aku tolak tawaran. entah. ada hikmah mungkin. takpe insyaAllah rezeki tu ada. sungguh kau tunggu dua tiga tahun, kalau dah DIA ada tulis maka jadi jugak. harap setelah sekian lama bermonolog dan simpan perok dalam hati, lepas ini aku rajin untuk mengarang/meluah disini lagi. tahu tiada siapa yang mengenali blog aku. mungkin sesetengah. mereka sudah anggap aku tidak berminat berblog lagi. ada. cuma malas dah menebal. harap juga penulisan untuk aku yang berumur 21 tahun akan nampak lebih matang untuk anak cucu aku baca nanti. harap ramadhan tahun ini lebih indah dengan kedatangan ahli keluarga baru dalam keluarga kami.

SALAM RAMADHAN.

No comments:

Post a Comment