Thursday, April 27, 2017

Trip Hat Yai - Padang Besar #1

Hellooooo, lama dah bertahun tak update blog tetiba update pasal trip ni pulak kan, haa sebab ada kawan yang dm whatsapp tanya budget trip pergi hatyai berapa, nak share sensorang malas kan, so aku nak share total kos wajib kalau korang cadang nak ke Hat Yai.


Sebenarnya aku ekin and nad dah plan lama, tapi kononnya nak join trip pakej dari sorang kawan ni 2H 1M cuma RM190 jeeeeee. tapi korang kena cukup 12 orang ataupun at least ada 8 orang baru dia gerak trip tu. bila ada tarikh cuti, kiteorang dah plan kasi cantik, cari kawan yang nak join, tapi end up kami bertiga je yang free time cuti tu.

bila tinggal bertiga je and kami semua perempuan, so asyik fikir je macam nak gerak ke tak ni, macam tak best je kalau bertiga je. tapi bila fikir balik, memasing kaki pun dah gatal soooo kira jadi je lah bertiga pun hahaha. 

esok nak gerak tu, harini baru kami pergi buat border pas nad. Nad orang Langkawi so boleh la buat border pas ni. Border pas hanya layak untuk orang negeri Kedah, Perlis, Kelantan, and Hulu Perak je. *atas teluk intan dah tak boleh pegawai Imigresen bagitahu sebab kiteorang tanya. Border Pas tu RM10 je buat kat UTC Alor Setar.

Kami gerak takde booking pape pun, google tempat macam macam tu je. Taaaapi trip kami jadi senang and mudah sebab Pakcik ckin and kawan dia bantu jadi tour guide kami kat sana nanti. 

Day 1 : Padang Besar - Hatyai

Train dari Padang Besar - Hat Yai ada 2x je perjalanan satu hari. Jam 9.55am dan 3.40pm waktu Malaysia. Time zone kat sana 1jam lewat dari Malaysia. 

Tiket kami beli on the spot. Naik train jam 3.40pm sebab selamat sikit, kalau naik pagi confirm semuaaa tak bangun lagi hahaha. So tiket boleh beli kat tingkat bawah bahagian imigresen Thailand dengan harga 70bath sorang.

Sebab aku and ekin ada lebihan duit bath masa join trip UniMAP ke Nakhon Si Thammarat haritu, so kami mintak pakcik ckin tukarkan duit kami kat Thailand sana, katanya lagi mahal sikit dari tukar kat Malaysia ni. Sementara tu guna duit yang ada ni jelah. Tapi masa kau beratur untuk cop passport ada sorang makcik ni bawak kalkulator and duit merata rata, korang boleh tukar dengan jugak tak jauh beza sangat. Kiteorg ada beli satu simkad Thai untuk senang nak call pakcik ckin and data internet paling penting sebab nak update story. kahkah!

  • Simkad Thai 200 bath
Dah siap cop passport bagai and kena isi satu form ni. Ada 2 side, Departure and Arrival. Ingat tau korang kena simpan form Departure tu sebab nanti time nak balik Malaysia semula dorang akan mintak balik. Train gerak lambat jam 4.50pm macam tu baru gerak, lepastu stop dekat station mana entah lama gila. Perjalanan dalam 1jam 5min macam tu kami dah sampai.

Sampai je station tunggu pakcik ckin datang dari golok. dalam jam 6 macam tu kami gerak dari station ke Klong Hae Floating Market naik tuk tuk. Excited dia lain macam sikit sebab tak pernah naik, and driver tuk tuk kiteorg memang power aku rasa bab cilok cilok jalan ni, selamba dia je cilok sana sini and aku perasan mmg cara orang Thai drive jenis macam tak cukup masa, sentiasa berebut tak kira naik motor ke kereta.


  • Dari Station Hat Yai ke Floating Market ke hotel 500 bath

Sampai sana ada jual macam macam sebelum sampai kat area sampan sampan tu, kira murah jugak la barang kat sini, tapi sebab ni first checkpoint kami so kami tengok tengok jela dulu. Memang lapar gilaaa dah time tu then kami turun kat area sampan sampan tu, macam macam makanan dia ada jual kat situ and bau semua sedap kot. Kat sini semuanya halal and aku pun tak ragu ragu nak beli sebab semua bertudung and nampak bersih. So kami makan sup maggi, air kelapa, pulut mangga, aiskrim kelapa. Memang sedap! 
  • Sup Maggi 30 bath
  • Air Kelapa 20 bath
  • Pulut Mangga 80 bath
  • Aiskrim 30 bath (Ckin belanja)
Habis pusing kat floating market kami balik ke hotel menaiki tuk tuk lagi. And kat hotel lah yang mana kami jumpa pengetua sekolah yang garang gila. Actually pengetua tu owner hotel tu, kami panggil pengetua sebab sikit pun tak nak senyum and garang gila. Hotel kami jauh sikit dari bandar Hat Yai tapi dekat dengan rumah kawan pakcik ckin tu. Nama hotel apa entah.

  • Hotel 500 bath satu malam share 3 orang
siap siap dah mandi, kami naik motor dengan kawan pakcik ckin tu ke Asean Night Bazaar yang mana kat sini kau akan jadi gila. gila shopping sebab barang semuaaaaa murah macam nak pengsan okkay hahaha. tapi kami ni pergi budget je kan, so beli sikit sikit jela. kat sini aku beli key chain leather yang boleh letak nama untuk family.


  • 3 Key chain leather 257 bath
tak habis pusing pun bazaar ni sebab panjang gila and aku rasa tak sempat kalau pusing satu malam je, tapi sayang sebab bazar ni tutup hari isnin. Disebabkan kami datang hari Ahad-Selasa so dapat merasa satu malam ni jela. Selamat duit haha.

Balik hotel kami makan maggi and roti yang kami bekal secara berjemaah so dah jimat dinner kat situ kan hahaha. So tamat la hari pertama!

So hari pertama habis = 567 bath 

No comments:

Post a Comment