Tuesday, September 10, 2019

Kembali

Selasa. 5.36a.m
1441h

Sekian lama blog yang tertinggal terbiar sepi. Malam ni entah hati terdetik nak google nama sendiri lepastu keluar lah segala macam blog and zaman meluah segala monolog dalaman dengan penulisan. Bertemankan thesis yang masih dalam prosess ni, mudahan Allah izinkan apa yang aku dah rancang untuk perjalanan kali ni. 

Bukan bertemankan thesis saja tau, ada juga seorang manusia yang mungkin kali ni aku boleh panggil sahabat selepas hampir 4 tahun kenal, tapi mungkin kali ni makin dekat . Hidup master aku hanya bertemankan dia dan juga dua sahabat lain. tapi mungkin dia teman sebilik, so kami semakin rapat sampai rasa selesa nak share segala benda dari hal personal sampai lah hal family. 

Malam ni dia buat aku flashback segala benda yang aku dah buat, aku dah luah, aku dah tulis dalam blog ni. banyak kenangan yang aku kongsi dalam ni. hingga kan dia macam tak percaya aku punya sisi yang berbeza waktu dulu. 

Entah dia macam automatik jadi jiwa penulis bila hadap blog ni. Tapi aku rasa skill menulis aku tak macam dulu. Dah tiada jiwa orang kata. Jiwa sekarang banyak pada journal article mungkin sebab nak menghabiskan thesis ni hahaha.

Mungkin aku kena kembali rajin untuk bagi ruang hati aku meluah. Penuh sesak tersimpan dalam hati takut nanti semakin menebal pula. Sekian. 

No comments:

Post a Comment